Bina rumah atas tanah sendiri selangor – Nas Nuri Construction

Bina banglo yang anda banggakan bersama kontraktor rumah Selangor berpengalaman!

Sertai lebih 90 tuan tanah yang telah membina banglo idaman di Selangor & Negeri Sembilan bersama Nas Nuri Construction. Harga binaan kami bermula dari RM300,000 dan ke atas.

"Ramai pemilik tanah di Selangor yang membina rumah atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar."

Kami bantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.

"Apa bezanya banglo yang Nas Nuri bina berbanding kontraktor lain? Tonton video pendek di bawah untuk jawapannya"

Servis kami meliputi 2 negeri di bawah.

Kawasan tertentu di Selangor bermula dari RM300,000.

Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000

Kawasan tertentu di Negeri Sembilan bermula dari RM300,000.

Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000

Kami bukan saja peduli tentang banglo yang dibina, kami faham anda berhak yang terbaik!

banglo telah dibina.
1
TAHUN WARANTI STRUKTUR.
1
TAHUN WARANTI KEMASAN.


Belum ada pelan banglo?

Sudah ada pelan & perlukan khidmat kontraktor?

4 Langkah Mudah Untuk Membina Banglo Berkualiti.

1. TEMPAH SLOT RUMAH.

Hubungi kami untuk perbincangan & tempah slot anda bagi tahun 2019.

2. REKA DAN PERMOHONAN PBT.

Reka rumah mengikut kehendak & bajet anda. Kami akan uruskan sekali permohonan ke PBT.

3. PEMBINAAN BANGLO.

Kontrak disediakan. Pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui bersama.

4. SERAHAN KUNCI KEPADA ANDA.

Rumah anda kini sedia di diami & waranti binaan bermula.

Banglo yang telah kami siapkan.

Kini tiba giliran anda untuk membina banglo idaman keluarga tersayang.

Kami tidak akan membuka lagi tempahan selepas penuh 15 slot.

Jamin tempat anda segera bagi tahun 2019.

NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Kontraktor berdaftar CIDB G5

Masih perlukan tips memilih kontraktor bina rumah selangor? Ini antara soalan popular yang sering ditanya.

Ini senarai soalan yang kerap ditanya.

Terdapat ramai kontraktor diluar sana, Semakan secara ringkas di portal CIDB, terdapat lebih dari 70,000 kontraktor berdaftar di Malaysia dengan pelbagai bidang dan gred. 


Sebagai pengguna, anda perlu bijak membuat pilihan supaya tidak menyesal di kemudian hari. 


Disini saya sertakan ‘guideline’ mudah untuk anda memilih kontraktor yang kompeten dan boleh dipercayai.

  • Pastikan kontraktor tersebut berdaftar dengan CIDB, ini adalah perkara yang paling asas perlu anda lakukan.
  • Mudah sahaja untuk menyemak pendaftaran sesebuah syarikat kontraktor dengan CIDB, 
    • Pergi ke laman sesawang CIDB: http://www.cidb.gov.my.
    • Klik bahagian ‘contractor search’
    • Taipkan nama syarikat yang anda ingin ketahui.
    • Dan klik butang ‘cari’. Di situ akan disenaraikan gred syarikat serta tarikh tamat lesen.  
  • Kenal pasti pejabat kontraktor tersebut, kontraktor yang mempunyai pejabat sendiri serta staff adalah lebih diyakini dari kontraktor yang berpejabat dirumah dan bergerak secara solo. 
  • Lawati pejabat mereka dan pastikan pejabat tersebut adalah betul pejabat syarikat tersebut dan bukan pejabat yang ‘ditumpang’ .
  • Tiada syarikat yang kompeten boleh bergerak sendiri tanpa ada staff dan pekerja. Pastikan syarikat tersebut mempunyai kapasiti staff yang berpengalaman dan pekerja sendiri.
  • Ini kerana jika berlaku apa-apa pada orang yang anda berurusan, anda tahu ia tidak memberi kesan kepada syarikat tersebut serta projek anda kerana syarikat tersebut boleh beroperasi seperti biasa.
  • Syarikat yang telah lama beroperasi adalah lebih berpengalaman dan lebih kukuh berbanding syarikat baru.
  • Anda boleh semak perkara ini di website CIDB yang telah saya terangkan diatas untuk mengetahui berapa lama syarikat tersebut telah beroperasi.
  • Profail syarikat boleh memberi gambaran ringkas tentang maklumat syarikat tersebut. Dari situ anda boleh menyemak jumlah staff dan juga tahap akademik mereka serta jumlah projek yang telah dilaksanakan.
  • Tetapi jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulis didalam profail syarikat kerana apa yang ada di dalam itu boleh ditokok tambah.

Ini adalah sangat perlu anda lakukan. Lawat tapak binaan syarikat tersebut untuk pastikan ia memang syarikat binaan yang menjalankan kerja binaan serta anda boleh menilai kualiti kerja syarikat tersebut. 

Apa yang perlu anda lihat ditapak tersebut? saya senaraikan serba sedikit dibawah:

  1. Lihat penerangan yang diberikan oleh kontraktor tersebut, meyakinkan atau tidak.
  2. Tanyakan kos binaan projek tersebut, tanyakan juga adakah rumah anda akan dibina begini  dengan spesifikasi yang sama atau tidak, jika tidak sama minta kontraktor anda nyatakan.
  3. Berikan pelan binaan anda (jika ada) dan minta pendapat kontraktor tersebut menyatakan perbezaan rumah anda secara ringkas dengan tapak yang anda lawati. Kontraktor yang bagus dan berpengalaman, dengan melihat pelan sahaja dia boleh mengetahui masalah-masalah yang akan timbul. Ambil kira pendapat mereka.
  4. Semak kemasan rumah tersebut. Jika anda ada lebih dari seorang kontraktor untuk dipilih, nilaikan kedua-dua projek dengan anggaran kosnya. Memang agak sukar untuk menilai dua rumah yang berbeza lebih lagi jika spesifikasinya tidak sama tetapi anda akan lebih dapat gambaran dengan harga yang anda bayar, yang mana anda rasakan lebih berbaloi dan syarikat mana yang lebih anda yakini. Jangan hanya menilai dari segi harga sahaja.
  • Membina rumah tidak sama seperti pembuatan kereta atau barang-barang di kilang, ini kerana rumah dibina bukan di dalam keadaan tertutup dan terkawal.

    Ia sentiasa terdedah kepada persekitaran, kesilapan manusia dan cuaca ketika sedang dibina.

  • Oleh itu tiada jaminan yang rumah anda akan dibina tanpa sebarang kerosakkan. Pastikan rumah anda mempunyai waranti.
  • Pastikan kontraktor tersebut menyediakan tempoh waranti dan yang lebih penting adalah menjalankan kerja-kerja baikpulih dalam tempoh waranti.

    Ada sesetengah syarikat hanya menjanjikan waranti tetapi tidak mematuhi waranti yang di berikan. 

    Dari segi ini jika anda mengenali sesiapa yang pernah membina rumah dengan mereka, tanyakan pada mereka mengenai waranti sama ada dipatuhi atau tidak oleh syarikat tersebut.

Navigasi

Media sosial

Saya berminat