Landing page adwords tier 1 bina rumah atas tanah sendiri

Bina rumah atas tanah sendiri yang anda banggakan!

Sertai lebih 90 tuan tanah yang telah membina banglo idaman di Selangor & Negeri Sembilan. Harga binaan kami bermula dari RM300,000 dan ke atas.

"Ramai pemilik tanah yang telah bina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar."

Kami bantu anda membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.

"Ramai pemilik tanah yang telah bina rumah di atas tanah sendiri tersalah pilih kontraktor sehingga banglo yang siap tidak kemas & tidak setimpal dengan wang dibayar."

Servis kami meliputi 2 negeri di bawah.

Kawasan tertentu di Selangor bermula dari RM300,000.

Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000

Kawasan tertentu di Negeri Sembilan bermula dari RM300,000.

Bagi binaan bernilai melebihi RM500,000


Belum ada pelan banglo?

Sudah ada pelan & perlukan khidmat kontraktor?

Kami bukan saja peduli tentang banglo yang dibina, kami faham anda berhak yang terbaik!

banglo telah dibina.
TAHUN WARANTI STRUKTUR.
1
TAHUN WARANTI KEMASAN.
1

4 Langkah Mudah Untuk Membina Banglo Berkualiti di Selangor & Negeri Sembilan.

1. TEMPAH SLOT RUMAH.

Hubungi kami untuk perbincangan & tempah slot anda bagi tahun 2024.

2. REKA DAN PERMOHONAN PBT.

Reka rumah mengikut kehendak & bajet anda. Kami akan uruskan sekali permohonan ke PBT.

3. PEMBINAAN BANGLO.

Kontrak disediakan. Pembinaan mengikut kontrak yang dipersetujui bersama.

4. SERAHAN KUNCI KEPADA ANDA.

Rumah anda kini sedia di diami & waranti binaan bermula.

Banglo yang telah kami siapkan.

Kini tiba giliran anda untuk membina banglo idaman keluarga tersayang.

Kami tidak akan membuka lagi tempahan selepas penuh 15 slot.

Jamin tempat anda segera bagi tahun 2024.

Masih keliru tentang ciri ciri pelan rumah banglo yang bagus?

Ini senarai soalan yang kerap ditanya.

Bagi membina rumah, sudah tentu perkara paling asas sebelum dapat binaan rumah kita berjalan adalah pelan bagi membina rumah. Tampa pelan, apa yang kita idamkan sukar untuk direalisasikan dan jika dibina nanti tidak sama seperti yang kita gambarkan, begitulah pentingnya pelan dalam pembinaan rumah. 

Sebenarnya terdapat beberapa pelan yang perlu ada sebelum sesuatu kerja binaan dapat dijalankan, dibawah ini akan saya terangkan satu persatu secara ringkas bagi memudahkan pemilik rumah memahami.

  • Pelan skematik atau juga dipanggil pelan lakaran adalah pelan asas yang diberikan oleh pelukis pelan atau dibeli secara online. Pelan ini kebiasaannya diberikan kepada pelanggan sebagai pandangan awal bagaimana rumah tersebut bentuknya setelah siap.

     

    Didalam pelan skematik akan terdapat pelan susun atur seperti kedudukan ruang-ruang bilik, pintu dan tingkap serta gambaran luaran binaan rumah secara ringkas sama ada dalam bentuk 3d ataupun 2d dalam bentuk pandangan sisi.

    Contoh lukisan 3D yang telah di render.

    1. Pelan skematik ini adalah penting, jika ada perubahan yang ingin dibuat pada saiz bilik, perubahan kedudukan, pattern luaran seperti bumbung, kedudukan tingkap dan pintu seharusnya diselesaikan pada peringkat ini.
    2. Jika perubahan diubah sebanyak 10 kali pun tidak mengapa sebab skematik ini adalah peringkat lakaran sebelum pelan arkitek dikeluarkan.
    3. Sekiranya perubahan susun atur dan rekabentuk banyak dibuat diperingkat pelan arkitek, ini akan menyukarkan arkitek ingin membuat perubahan kerana banyak yang perlu diperbetulkan. Ini akan memakan kos lebih-lebih lagi jika pelan telah dicetak beberapa salinan untuk mendapatkan permohonan di PBT.
  • Setelah pelan skematik dimuktamadkan, arkitek atau pelukis pelan akan mengeluarkan pelan arkitek. Di dalam pelan arkitek ini yang akan menyatakan segala perincian dan juga spesifikasi binaan rumah yang perlu diikuti oleh kontraktor. Saiz pintu, saiz tingkap, jenis bumbung serta kecondongan, ketinggian lantai serta rumah semuanya dinyatakan di dalam pelan ini.

     

    Alatan sanitari dan juga sistem kumbahan turut dinyatakan di dalam pelan ini sebagai rujukan. 

    Indah water konsortium IWK

    1. Jika kita membuat permohonan pelan ke majlis, pelan IWK yang ditandatangani oleh jurutera berdaftar dengan IWK juga perlu disediakan untuk membuat permohonan sambungan ke sistem IWK ataupun penggunaan tangki septik.
    2. Seeloknya diperingkat ini, pelan tidak lagi diubah kerana jika diubah, banyak pembetulan yang perlu dilakukan dan sekiranya permohonan telah dihantar, pelan ubahsuai perlu dihantar semula dan perlu dibuat beberapa salinan seperti yang dipohon oleh PBT.

      Ada sesetengah PBT meminta membuat sehingga 13 salinan bersaiz A1, cuba bayangkan jika setiap salinan mempunyai 10 helai, kita telah membazirkan 130 helai pelan yang bersaiz A1 bewarna. 

      Kos fotostat A1 bewarna boleh mencecah sehingga RM10 sehelai, jika 130 helai kosnya adalah RM1300.00, itu hanya kos fotostat sahaja tidak termasuk kos tambahan bagi permohonan semula yang perlu dibuat oleh arkitek.

    3. Jadi, seeloknya jangan kita membuat sebarang perubahan jika permohonan telah dihantar ke PBT. 
     

    Secara ringkas, Pelan arkitek merangkumi

    Pelan arkitek rumah banglo 1

    Contoh pelan arkitek.

    1. Pelan Kunci (topografi tanah serta kedudukan tanah / tapak binaan di lokasi serta ketinggian tanah berdasarkan pelan juru ukur tanah).
    2. Pelan kerja preliminary (papan tanda, stor kerja, pagar sementara) pelan susun atur dengan spesifikasi dan perincian (saiz pintu dan tingkap, jenis tile, jenis siling, jenis cat, jenis genting dan juga sudut condong serta lain-lain).
    3. Pelan perspektif dan rentas (ketinggian rumah dan keratan pandangan ruangan tertentu, sila rujuk gambar di bawah).
    4. Pelan alatan sanitari dan kumbahan (rujukan sahaja).
    5. Pelan elektrikal (rujukan sahaja).

    Pelan arkitek rumah banglo

    Contoh pelan perspektif dan rentas.


    Jika kita ingin melengkapkan rumah kita dengan kolam renang dan juga kolam ikan, kolam ini juga perlu dimasukkan di dalam pelan. Jika tidak dibina, tidak mengapa tetapi jika kita membina kolam tersebut dan ia tidak ada didalam pelan, pelan pindaan perlu dibuat dan ada kemungkinan kita akan di denda.

  • Pelan kejuruteraan pelan banglo footing

    Contoh pelan kejuruteraan untuk binaan rumah banglo.

     

     

    Setelah siap peringkat pelan arkitek, arkitek akan menyerahkan pelan mereka kepada jurutera struktur/awam untuk mengeluarkan pelan kejuruteraan. 

    1. Pelan kejuruteraan merangkumi jenis asas tapak dan saiz serta keperincian asas tapak yang digunakan, pelan saiz rasuk, lantai tiang, tangga dan lain-lain.

      Pelan kejuruteraan ini adalah bagi kegunaan kontraktor untuk pembinaan rumah supaya mengikut spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya.

    2. Sekiranya binaan rumah kita memerlukan kerja tanah serta binaan tembok penahan, pelan tersebut juga akan dikeluarkan oleh jurutera.

      Sekiranya cerun tersebut stabil dan rendah, ada pihak PBT yang membenarkan untuk membuat pengecualian maka cerun tersebut tidak perlu kita membuat binaan yang kukuh, mungkin cukup sekadar dibina rubble wall, tembok gabion atau sekadar diikat bata sahaja dengan keperluan struktur yang minima.

    3. Sekiranya kita membuat perubahan pada pelan arkitek, pelan kejuruteraan juga turut sama perlu diubah jika perubahan tersebut melibatkan struktur rumah. Maka pihak arkitek akan mengenakan cas kepada kita bagi perubahan pelan kejuruteraan.

    Kebiasaannya pelanggan tidak perlu mengenali jurutera yang bertanggungjawab, ini kerana bagi pelan kejuruteraan, arkitek yang akan berurusan dengan jurutera bagi mengeluarkan pelan.

  • Bagi kawasan yang masih ketiadaan infra, pihak PBT akan meminta kita menyediakan sekali pelan infra iaitu untuk jalan, longkang, tiang lampu dan tiang elektrik serta air. 

    1. Pelan ini juga akan dikeluarkan oleh jurutera setelah berurusan dengan perancang bandar (town planner) dan  juga badan autoriti yang terlibat seperti pihak JPS, IWK, TNB, Jabatan Air Negeri dan lain-lain. 
    2. Tidak semua PBT yang akan meminta kita menyiapkan pelan-pelan ini, kebiasaannya bagi rumah sesebuah, pihak PBT membenarkan membuat  pengecualian.
    3. Pelan infra dan kerja infra ini kebiasaan adalah tanggungjawab pihak pemaju tetapi boleh terjadi, pihak pemaju tidak menyiapkan infra, maka pihak pelanggan yang perlu menyiapkan sekiranya tetap ingin membina rumah.   
  • Bagi rumah bersaiz besar dan mempunyai lif, Pihak PBT kebiasaannya akan meminta pelan mekanikal dan elektrikal. Bagi binaan rumah biasa yang tidak mempunyai lif atau lain-lain peralatan mekanikal dan juga alatan elektrikal berskala industri, pelan mekanikal dan elektrikal ini adalah tidak diperlukan.


    Ramai juga klien yang keliru jika kita tidak membuat  permohonan binaan di PBT, rumah kita tidak boleh membuat permohonan sambungan elektrik dan air. Ini adalah tidak benar, permohonan elektrik dan air tidak memerlukan kelulusan dari pihak PBT.

Seperti yang telah kita bincangkan diatas, didalam pelan arkitek telah dimasukkan pelan sistem kumbahan. Tetapi untuk mendapatkan CCC bagi kediaman kita, kita perlu menyediakan pelan sistem kumbahan  dengan ditandatangani oleh Jurutera berdaftar dengan IWK.


Bagi mendapatkan permohonan dari pihak IWK, terdapat sistem borang yang lain yang perlu disediakan oleh pihak konsultan. Ramai juga klien yang keliru kerana menganggap hanya menyediakan borang G (bagi memahami mengenai CCC, boleh rujuk di artikel ini.) ia adalah memadai. Ini adalah tidak benar, surat sokongan dari IWK juga diperlukan dan rumah yang menggunakan tangki septik juga perlu membuat permohonan di IWK, bukan hanya bagi sistem yang bersambung ke sistem kumbahan utama sahaja.

NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD

Kontraktor berdaftar CIDB G5

No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor. 

Office: 03-33923478   Sales: 019-3487372   E-mel: sales.nasnuri@gmail.com

Navigasi

Media sosial

Saya berminat