NAS Nuri Construction Sdn Bhd mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman dan ditukar kepada nama sekarang pada penghujung 2009.
Sepanjang tempoh tersebut, pihak syarikat banyak terlibat dalam projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baik pulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, membina jeti, membina kediaman perumahan, baik pulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Pada tahun 2009, pihak syarikat mengambil keputusan untuk mewujudkan NAS Nuri Construction Sdn Bhd dengan menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian.
NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00.
Sejak penghujung 2009 hingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. Kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mempunyai 9 staff serta 30 pekerja tapak bagi melancarkan kerja-kerja binaan yang sedang kami lakukan.
FB NAS NURI
DAWAIBESI.COM
KONTRAKTOR G5
NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.